Ye ke semua ACID ni bahaya??

Ye ke semua ACID ni bahaya??

Muka berkedut seribu padahal baru 30an? Kulit kering sampai muka rasa ketat, nak senyum pon sakit? Jerawat naik tuptaptuptap padahal dah guna macam-macam produk?

Say NO MORE kepada masalah kedutan, kulit kering dan jerawat sampai jiran sebelah pun tak kenal kita dah jika ikut tips senang ni. Walaupun bunyinya macam agak keras, tapi korang tahu tak asid yang betul sebenarnya boleh membantu hilangkan kulit yang kasar dan licinkan garis halus.

Baca sini 3 jenis acid yang korang kena tahu!

GLYCOLIC ACID

Problems : Wrinkles / Kedutan

Exfoliater yang selamat yang boleh hilangkan dead skin cells pada wajah dan menghasilkan skin cells yang baru. Glycolic Acid membantu meransang pertumbuhan kolagen, melicinkan garis halus pada wajah dan kurangkan kedutan.

Contoh produk : Corsx AHA/BHA Clarifying Toner

LACTIC ACID

Problems : Dry Skin / Kulit Kering

Fuhh baru tahu rupanya Lactid Acid ni good for dry skin! Lactid Acid membantu hilangkan permukaan kulit kering dan kusam. Selain tu, ianya bersifat humectant. Maksudnya ia menarik air ke dalam kulit menjadikan our skin looks fresh and young!

Contoh produk : Face Scrub Milk by The Beauty Hacks

SALICYLIC ACID

Problems : Acne / Jerawat

Kurangkan pengumpulan sel dalam folikel dan bantu melonggarkan kulit kering dan bersisik. This acid membantu pecahkan lapisan tebal sel kulit mati dari dalam kulit yang boleh menyebabkan jerawat kalau di biarkan begitu je.

Contoh produk : The Ordinary Salicylic Acid

So this is a little bit about 3 types of acid yang korang kena tahu. Ingredient ni boleh didapati dalam any product. Baca dulu ingredients pada label, apa yang boleh dan tak boleh, siapa yang boleh guna dan tak boleh guna, kesan sampingan dia, sebab tak semua orang sesuai guna produk yang ada 3 ingredients ni. Mungkin nanti bila guna your skin  jadi sensitive, rasa gatal-gatal or mungkin burn. If you dah guna any product yang ada ingredients ni dan your skin jadi irritation, stop using it and cepat-cepat jumpa doctor tau!

Ingat tau! What works for others, doesn’t mean its works for you too. Okay?

 

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.