Wanita Ini Kongsi Produk Untuk FLAWLESS kan Kembali Muka Selepas BREAKOUT Selama 4 Bulan.

Wanita Ini Kongsi Produk Untuk FLAWLESS kan Kembali Muka Selepas BREAKOUT Selama 4 Bulan.

Tidak disangkalkan lagi wanita sangat mementingkan penjagaan dan kecantikan kulit wajah. Jerawat tumbuh sebiji pun dah riuh sekampung! Tapi awas! Jangan sesekali picit jerawat yang sedang tumbuh sebab ia akan menyebabkan jerawat jadi semakin teruk.

Jom kita sama-sama baca perkongsian wanita ini yang telah mengalami breakout selama 4 bulan akibat pemilihan produk yang salah namun beliau berjaya mengatasi masalah breakout dengan memilih produk yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.

Harini aku nak cerita macam mana muka aku boleh breakout teruk sangat tapi lepas konsisten guna produk ni, muka aku dah okay balik! Dah hampir flawless macam hari tu! Kalau nak tahu produk apa, baca sampai habis tau.
Hurmm detik hitam terjadi pada bulan Oktober 2018 tahun lepas. Muka aku rosak teruk lepas aku cuba pakai produk tuttttut. Tapi aku taknak lah mention kat sini produk apa. Masa tu sedih sangat tengok muka sendiri weyh. Nak pegang muka sendiri pun sakit, pedih rasa nak nangis tau! Bila muka dah start breakout, jerawat tumbuh dekat seluruh muka. Dari jerawat halus sampai ke jerawat batu semua lengkap. Sampai kena pergi klinik ambik ubat antibiotik sebab jerawat dah terkena infection. Sedih sangat masa tu.

Muka aku breakout sebab aku salah pilih cleansing oil. Tengok orang lain pakai elok jer eventho skin condition orang tu berjerawat dan berparut. Aku pun tak fikir banyak dah, terus beli yang trial saiz dan cuba guna tapi malangnya cleansing oil tu tak sesuai dengan jenis kulit aku. Pakai 5-6 kali saja muka aku terus breakout teruk dan bengkak. Bukan biashe biashe tau bengkak tu. Muka aku dengan bola dah hampir sama besar. 😢

Padahal sebelum muka aku breakout boleh dikatakan hampir 80% muka aku dah capai tahap flawless tu tapi disebabkan aku berangan terlalu tinggi, nak kulit macam orang korea lah kononnya. Maka terjadilah tragedi coklat utk aku selama hampir 4 bulan. Huhu

Tapi aku tak duduk diam tau masa muka tengah breakout tu. Aku cuba guna 1 produk ni dan Alhamdulillah selepas 4 bulan aku konsisten dan betul- betul disiplin guna produk #TheBeautyHacks ni, muka aku makin hari makin pulih dan paling best, jerawat yang bengkak-bengkak pun dah hilang! Nak tahu tak apa produk The Beauty Hacks yang aku guna dan cara aku apply produk tu sampai jerawat aku jadi kecut dan hilang? Muka hampir flawless balik dalam masa 4 bulan? Nak ke nak??

Sambungan kedua..

Memandangkan ramai yang respon dah tak sabar nak tahu cara aku apply produk-produk yang aku cerita haritu, so ni aku nak share ngan korang. Jangan lupa baca sampai habis tau! So yeah selamat membaca dan selamat mencuba 😉

Okay ni antara produk yang aku guna dan harga dia sangat mampu milik. Korang memang terlebih mampu nak beli hehe. Antara nak dengan tak nak jer dan please pakai dengan konsisten & disiplin. Jangan pulak baru cuba 5 hari tak nampak apa-apa perubahan lagi dah claim produk tu tak elok.

Aku listkan apa yang aku guna dekat bawah ni

1. Untuk cleanser aku guna, Acne Cleansing Gel.

Aku cuci muka sehari 2 kali saja. Waktu pagi dan malam sebelum tidur. Cuci muka ni akan jadi step last sekali sebelum keluar bilik mandi dan aku tak bilas muka guna air paip biasa. Aku bilas guna air dari mesin penapis. Sebab apa?? Sebabnya air paip tu pH dia lebih beralkali dari air yg dah ditapis. Korang pun tau kan beza air yg ditapis & tak ditapis nie macam mana. Tak payah la aku nak cerita details bab tu.

Acne Cleansing Gel by The Beauty Hacks Pssttt boleh beli di sini http://wordpress-257529-840817.cloudwaysapps.com/shop/

2. Toner pulak dari Aiken.

Lepas jer habis bilas muka tadi aku tak tunggu sampai air bilasan tadi kering. Aku terus ambik kapas bersih dan dap kan dekat muka(kalau korang nak guna tuala pun boleh tapi jangan campur tuala badan & muka tau!). Lepas tu spray toner (aku masukkan toner dalam botol yg boleh spray) terus dekat muka dan lap dengan kapas yg baru. Toner nie dah jadi step yang paling penting dalam rutin skincare aku sekarang nie. Bagi korang yang ada masalah pori terbuka lebar seluas kuali tu korang memang patut apply toner. Paling malas pon sehari sekali pon dah cukup la. Tak kisah la toner jenis apa pon janji sesuai dengan kulit muka korang. Bila pori kita bersih nampak la kecik sikit berbanding pori yg kotor dan tersumbat.

Toner Aiken, Watson

3. Moisturizer semestinya Face mask honey

Moisturizer nie sangat penting ok. Tak kira apa pun jenis kulit korang. Untuk OILY skin cari moisturizer yg jenis gel dan water based. Elakkan moisturizer yg jenis thick atau cream. Kenapa aku pilih moisturizer #thebeautyhacks nie? Sebab ingredient dalam produk tu ada agent soothing yg boleh menenangkan jerawat yg tengah membuak-buak kepanasan dan bengkak. Aku dapkan moisturizer secara rata keseluruh muka dan biarkan dia meresap. Sejuk nyaman je rasa tau!

Face Mask Honey by The Beauty Hacks
Pssstt boleh beli disini http://wordpress-257529-840817.cloudwaysapps.com/shop/

4. Ubat jerawat T3 Mycin

Bila moisturizer tadi dah meresap terus dapkan pulak ubat jerawat dekat kawasan yg bermasalah saja. Situasi jerawat aku penuh satu muka so aku pun dap la satu muka. Jangan gosok sebab takut jerawat akan pecah dan boleh merebak ke kawasan yg lain pulak. Lepas apply korang akan rasa pedih sikit mungkin sebab bahan aktif dalam ubat ni tengah bertindak matikan kuman dekat jerawat tu. Bau dia agak busuk la jugak masa mula-mula sapu. Tapi bila dah serap dekat muka tak bau apa dah.

Ubat jerawat T3 Mycin, Farmasi

5. Sunscreen dari Skin Aqua

Step ni memang aku tak tinggal since aku memang akan keluar delivery makanan setiap hari kan. Sebelum keluar aku mesti sapu sunscreen ni dulu utk elakkan jerawat aku makin membiak dan utk elakkan parut jerawat aku jadi gelap or makin gelap. Produk ni tak ada pewangi atau mana mana bahan yang boleh mengiritasikan kulit. Sesuai utk oily skin.

Sun Screen by Skin Aqua, Watson

Tips lain yg aku boleh share dengan hampa adalah minum air putih secukupnya, kurangkan makanan berminyak dan buat la senaman apa yg patut serba sedikit bagi peluh keluar bersama dengan kotoran dalam badan tu. Selama 2-3 bulan aku breakout memang aku jaga diet pemakanan aku dan minum air putih bagi cukup setiap hari. Biar la ulang alik tandas 360 kali pun janji aku tau haritu aku dah minum air secukupnya. Senaman tu aku buat jarang-jarang sebab aku dok menyotong masak dekat dapur sorang-sorang pun dah berpeluh macam mandi. So bonus la utk aku. Hihi.

Ok dah tu jer produk dan cara aku apply skincare aku sepanjang tempoh breakout sampai la sekarang nie. Tips yg aku bagi tu aku tau korang dah banyak kali dengar dan baca cuma korang nak dengan tak nak buat jer cerita dia sekarang nie.

Dah lenguh jari taip panjang2 nie. Selamat mencuba ok utk korang yg ada masalah yg sama dengan aku jom la kita sama-sama cantikkan kulit kita balik. 😋

Good night. Assalamualaikum ♥️
Boleh follow page The Beauty Hacks HQ

Credit: Nur Shazwani Isa

Btw, ye ke kulit BREAKOUT disebabkan produk SAMPAH ? Sejauh mana kebenarannya? Baca di sini — http://wordpress-257529-840817.cloudwaysapps.com/blog/kulit-breakout-disebabkan-produk-sampah-are-you-sure/

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.