Skincare Routine Tips Berdasarkan Jenis Kulit

Skincare Routine Tips Berdasarkan Jenis Kulit

Semua orang pasti menginginkan kulit yang sihat tidak kira sama ada wanita mahu pun lelaki. Tetapi sayangnya tidak semua orang yang mahu follow skincare routine tips yang betul untuk mendapatkan kulit seperti yang diidamkan.

Jika korang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, don’t worry we are here to help uolls. First, kita kena faham dengan jelas mengenai skincare routine tips yang akan membantu kita untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Tetapi sebelum itu, kita juga kena belajar tentang jenis-jenis kulit kerana setiap jenis kulit sangat berbeza bagi setiap orang. So kita perlu ambil tahu tentang jenis-jenis kulit kerana ia akan membantu dalam langkah penjagaan yang sesuai.

RUTIN PENJAGAAN UNTUK JENIS KULIT 

KENALI JENIS KULIT KORANG

Kulit manusia terdiri dari pelbagai jenis.

Ramai di kalangan kita memiliki kulit kering yang kelihatan kasar, bersisik dan flaky. Ada sesetengah daripada kita pula yang memiliki kulit berminyak yang kelihatan sangat berminyak dan nampak berkilat disebabkan liang-liang pori yang besar. Manakala sangat sedikit orang yang memiliki kulit kombinasi yang mengalami kekeringan dan berminyak di sesuatu tempat tertentu seperti dagu, pipi, hidung dan dahi.

So, jika korang ingin menjaga kulit dengan mengikuti rutin penjagaan kulit muka yang betul, first sekali korang kena jelas dan faham dengan mendalam tentang jenis kulit dan pastikan follow rutin penjagaan yang tepat yang bersesuaian dengan jenis kulit muka.

SO, BAGAIMANA NAK TAHU KULIT KITA JENIS APA?

Mulakan pembersihan muka dengan mild cleanser. Perhatikan kulit sama ada ia masih berminyak atau cepat kering selepas mencuci muka.

  • Sekiranya ia kering terlalu cepat – kulit kering
  • Jika ia masih kelihatan berminyak – kulit berminyak
  • Jika beberapa bahagian wajah kering atau normal dan berminyak di kawasan T-zon (hidung, dahi, dan dagu) – kulit kombinasi
  • Jika mengalami reaksi alergi – kulit sensitif

Sebaik saja korang memahami jenis kulit, korang boleh mengenal pasti rutin penjagaan kulit yang diperlukan dengan sangat mudah. Apa yang diperlukan, apa yang tidak diperlukan.

SKIN CARE ROUTINE UNTUK KULIT NORMAL

Pada siang hari korang perlu menggunakan;

  • Moisture Cleansing Gel (cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Mask Honey (moisturiser)

Pada waktu malam, korang perlu menggunakan;

  • Moisture Cleansing Gel (cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Serum by The Beauty Hacks (antioxidant serum)
  • Face Mask Honey (moisturiser)

 

Korang juga disarankan untuk menggunakan Glycolic Acid Serum seminggu sekali

Untuk kulit normal, pastikan guna pembersih yang kurang buih dan bersifat lembut (mild/gentle)

Untuk toner, sila avoid toner yang mengandungi ingredient seperti Denatured Alcohol, Isopropyl Alcohol, Ethanol dan SD Alcohol 40.

Sementara itu, jika korang ingin mencerahkan wajah, pilihlah serum yang mengandungi vitamin C, glycolid acid, antioxidant atau ferulic acid. Keempat-empat formula ini dapat melawan radikal bebas dan mempercepat regenerasi kulit.

SKIN CARE ROUTINE UNTUK KULIT KERING

Bagi yang memiliki kulit kering, ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan setiap masa. Lebih-lebih lagi apabila kulit kering sentiasa mengalami kerosakan skin barrier yang dapat melindungi tahap kelembapan pada permukaan kulit.

Pada siang hari korang perlu menggunakan;

  • Cleansing Lotion
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Serum by The Beauty Hacks (Antioxidant Serum)
  • Face Cream Aloe Vera (Moisturizer)

Pada waktu malam, korang perlu menggunakan;

  • Cleansing Lotion
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Retinol Serum
  • Face Cream Aloe Vera (Moisturizer)

Sila elakkan menggunakan pencuci yang mewah dengan buih tinggi kerana ia dapat menyebabkan kulit kering jadi makin kekeringan. Sebaliknya, gunakan pencuci yang kaya dengan ingredient seperti Chamomile dan Alpine Herbs.

Gunakan toner yang tidak mengandungi ingredient seperti Denatured Alcohol, Isopropyl Alcohol, Ethanol dan SD Alcohol 40. Sangat disarankan untuk menggunakan Serum Antioxidant yang kaya dengan Vitamin C, A dan E pada waktu siang bagi kulit kering.  

Pastikan korang menggunakan pelembap  yang benar-benar dapat menghidratkan semula kulit wajah seperti Face Cream Aloe Vera. Gunakan Serum Retinol yang mampu menembusi ke dalam permukaan kulit. Untuk meningkatkan proses kolagen pula, gunakan eye serum yang mengandungi Peptida.

SKIN CARE ROUTINE UNTUK KULIT BERMINYAK

Pada siang hari, kulit berminyak perlu dimanjakan dengan:

  • Acne Cleansing Gel (gel cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Serum The Beauty Hacks (Antioxidant serum)
  • UV Shield & Complexion Tone Up (sunscreen)

Pada waktu malam pula:

  • Acne Cleansing Gel (gel cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • AHA & BHA Serum
  • Retinol Serum
  • Face Mask Honey (Moisturizer that is free of oil)

Untuk penjagaan tambahan, boleh gunakan Clay Mask seminggu sekali. Ia akan mengurangkan minyak yang terdapat di dalam kulit wajah.

Ingat, kulit berminyak boleh menyebabkan kelenjar minyak menjadi besar dan akan meningkatkan pengeluaran jumlah sebum yang banyak.

Gunakan toner yang kaya dengan Witch Hazel, Geranium dan Sodium PCA supaya kulit berminyak menjadi lembap tanpa perlu mengeringkan kulit

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, orang yang memiliki kulit berminyak perlu menggunakan pelembap yang free oil dan sunscreen yang kaya dengan Zinc Oxide. Kedua-duanya adalah bersifat antibakteria dan boleh mengurangkan rembesan minyak pada permukaan kulit.

Note:

Penggunaan AHA / BHA dan Retinol Serums akan membantu mengecilkan saiz liang pori

SKIN CARE ROUTINE UNTUK KULIT KOMBINASI

Adakah kulit korang kering dan berminyak sepanjang masa?

Pada waktu pagi boleh guna:

  • Moisture Cleansing Gel (Gel cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Mask Honey (Moisturizer)
  • Sunscreen yang kaya dengan Zinc Oxide

 

Pada waktu malam pula boleh guna:

  • Moisture Cleansing Gel (Gel cleanser)
  • Perfect Pore Vanishing (Toner)
  • AHA/BHA and Retinol Serum
  • Face Mask Honey (Moisturizer)

Gunakan toner, pencuci jenis gel dengan pelembap yang lightweight dua kali sehari.

Jika korang memiliki kulit kombinasi iaitu kering dan berminyak, gunakan Serum AHA / BHA untuk kulit berminyak dan Retinol Serum untuk kulit kering.

Korang juga boleh menggunakan Clay Mask dan Face Oil untuk mengekalkan kelembapan kulit, dalam pada masa yang sama menghalang pengeluaran minyak secara berlebihan.

SKIN CARE ROUTINE UNTUK KULIT SENSITIF

Pada waktu pagi, boleh gunakan:

  • Cleansing Lotion
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Mask Honey (Moisturizer)
  • Sunscreen

Pada waktu malam pula boleh guna:

  • Cleansing Lotion
  • Perfect Pore Vanishing (toner)
  • Face Mask Honey (Moisturizer)

Untuk kulit sensitif boleh memakai Mask Gel dan Serum acid lactic seminggu sekali sahaja. Gunakan pencuci berasaskan lotion yang lembut dan bebas sulfate. 

Gunakan toner yang bersifat anti keradangan yang dapat menenangkan sensitiviti kulit. Cari toner yang memiliki ingredient seperti Tea Tree, Bisabolol, Chamomile dan White Tea Extract. Gunakan pelembap yang bebas daripada bau atau alkohol. Elakkan SPF (Sun Protection Factor) yang mempunyai Zinc Oxide. Namun sebaliknya, gunakan yang mengandungi Titanium Dioxide.

Elak menggunakan gel mask dan Serum dari Asid Glycolic kerana ia akan members side effect kepada kulit sensitif. Sebaliknya, gunakan serum yang kaya dengan Acid Lactic. 


Now korang sudah jelas bukan betapa pentingnya untuk memahami dan mengenali jenis-jenis kulit dan bagaimana cara untuk memanjakan kulit? Prinsip yang betul adalah, “Apa yang korang berikan adalah apa yang korang akan dapat”. Oleh itu, berikan penjagaan yang terbaik untuk kulit dan korang akan menerima hasil yang terbaik dari sebelum ini.

Cik Atenn Azlan

Next PostRead more articles

This Post Has 5 Comments

  1. Nor ain solihan binti rosli

    Assalamualaikum kak ateen boleh tolong saya tak. Bantu saya pulihkan masalah muka saya. Kulit saya jenis kombinasi. Boleh tak kak ateen wasap saya semua produk yg saya perlu guna 0175531647 sebab saya x pandai memilih produk yang sesuai. Terima kasih

    1. Cik Atenn Azlan

      Hai waalaikumusalam dear. Baik. Nanti kak aten whatsapp awak ye 🙂

  2. Syahira

    Kalau kulit liang pori terbuka skincare tbh yang mane sesuai?

  3. Fadila

    Boleh berikan saya produk mne yg sesuai utk beli cleansing oil utk kulit ysng berminyK? Ape ciri2 sesuaiada perlu ada dlm cleansing oil itu..boleh wassap saya tak utk info lebih pantas
    0172251715..dila

    1. Cik Atenn Azlan

      Untuk kulit berminyak, sis boleh cuba mana-mana cleansing oil 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.