Simptom Fungal Acne

Simptom Fungal Acne

Actually fungal acne ni boleh dikatakan susah untuk di diagnose oleh orang marhain macam kita ni. Selayaknya memang kena jumpa pakar. Lebih afdhal bak kata orang.

Cuma kita boleh ambil tahu simptom-simptom yang berkaitan dengan fungal acne supaya kita boleh ambil iniative yang sepatutnya. Macam kita sakit juga. Kalau muntah, cirit birit, tu simptom keracunan. Then why not kita ambil tahu simptom , whats good and bad, prevention semua tu kan?

First of all, macam mana boleh terjadinya fungal acne?
Yeast infection. Ye. Sejenis fungus yang bernama Candida Albicans yang membiak di kawasan kulit yang lembap macam area mulut, private part dan kulit.

Fungal acne terjadi di muka disebabkan pembiakan Candida yang melampau. Ada kes yang yang fungal acne di muka sahaja atau satu tempat sahaja di bahagian badan. Yang ni dipanggil sebagai imbalance effect. Ada juga kes yang mengalami fungal acne di muka dan badan.

Punca-punca fungal acne di muka adalah kurang penjagaan hygiene, peluh yang agak keterlaluan, selalu menjilat kawasan bibir, penggunaan product yang harsh, menggosok muka dengan terlalu kasar dan tisu muka iritasi.

So, biasanya fungal acne akan menghasilkan efek “rashes” kemerahan dan kadang-kadang muncul bintik seperti bumps dan postule. Simptom lain adalah gatal-gatal, atau kemungkinan belaku ulser, kulit menjadi kering dan muncul “patches” macam peta kurap tu dan yang biasa kita dengar, jerawat.

Gunakan chemical exfoliator yang ada lactic acid atau salicylic acid untuk pastikan pori sentiasa bersih dari kotoran kulit mati dan lebihan minyak yang boleh menjadi port untuk pembiakan yeast.

Elakkan menggunakan produk yang ada yeast macam galactomyces dan beta glucan walaupun dua bahan ni bagus untuk kulit. But it is not meant for fungal acne sebab bahan-bahan ni sendiri adalah yeast untuk anti oksidan.

Dan tolong jangan skip moisturiser. Pilih yang light, tak heavy supaya mudah untuk diserap oleh kulit dan dalam masa sama mengunci lembapan supaya kulit boleh control oil production.

Oh ya. Boleh juga consider bahan daripada kunyit sebab kunyit mempunyai kukurmin dan dan antiseptik yang bersifar antibakteria, anti-inflammatory dan antifungal.

Begitu juga madu sebab ada sifat antimicrobial yang mencegah seborrheic dermatitis yakni kondisi yang berpunca dari fungus. Paling berkesan adalah madu Manuka. So, produk dari madu should be safe untuk fungal acne.

Dan sebenarnya banyak lagi bahan-bahan yang boleh merawat fungal acne secara natural.

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.