Korean Beauty Trend: Double Cleansing Routine

Korean Beauty Trend: Double Cleansing Routine

WHAT IS DOUBLE CLEANSING?

Sama seperti 7 layer method, double cleansing juga diperkenalkan dari negara Korea. Double cleansing merupakan step kedua dalam 10-step skin-care regimen bagi Korean Beauty.

Tak hairanlah kalau depa cantik gila kan? Like dduu dduuu dduuu.

Double cleansing menggunakan gabungan dua jenis facial cleanser yang berbeza untuk membuang kotoran dan mencuci muka dengan lebih efektif.

Dalam bahasa mudah faham, double cleansing adalah teknik mencuci muka sebanyak dua kali. Sama macam double check. Check dua kali takut terlepas pandang. Memandai je kan buat kefahaman sendiri? Hiks.

Fact, “ONE CLEANSER IS NOT ENOUGH!”

If korang tak cuci muka bersih-bersih dari kotoran dan minyak yang terdapat pada muka, ia akan menyebabkan,

  1. Pori tersumbat
  2. Keradangan
  3. Kerosakan skin barrier
  4. Bintik (spot)

Mana-mana liang pori yang tersumbat yang tidak dirawat dan tidak dibersihkan akan menyebabkan whitehead dan blackhead. Ia juga dapat manjadi punca jerawat tumbuh dengan cepat.


STEP DOUBLE CLEANSING

Berikut adalah step double cleansing. Ada dua step iaitu,

  • Step 1: Oil/balm (oil base)
  • Step 2: Lotion/gel – deeper cleanse (foam)

#STEP 1: OIL CLEANSER

Minyak dan air tak boleh bersatu. So, minyak yang terdapat dalam pori perlu dihapuskan dengan cleansing oil.

#STEP 2: FOAM CLEANSER

Foam cleanser boleh hilangkan peluh, debu dan kotoran.

CARA PAKAI

  1. Apply oil cleansing pada wajah yang kering
  2. Urut perlahan-lahan pada wajah selama 1-2 minit
  3. Lap dengan kapas lembap. Untuk kulit berjerawat, basahkan kapas dengan air suam
  4. Cuci muka dengan foam/gel cleanser
  5. Bilas

SKIN TYPE & CLEANSING TYPE

Based on your skin type, kami akan rekemenkan cleansing type yang sesuai dengan kulit korang.

  1. Kombinasi kering – (oil + lotion/cream)
  2. Kombinasi berminyak – (oil + gel)
  3. Sensitive – (oil + gel)
  4. Berminyak – (balm/oil + foam/gel)
  5. Kering – (balm + gel)

“Berapa kali kena pakai?”

Dua kali sehari.

  • Pagi – untuk buang minyak dan peluh yang dihasilkan ketika tidur
  • Malam – buang minyak, make up, SPF dan kotoran serta debu yang melekat pada siang hari

** Bergantung pada keperluan kulit. 2 kali sehari bagus, sekali sehari pun dah okey.

“Perlu buat double cleansing tak walaupun free make up atau make up tak heavy?”

Perlu! Even tak make up sekali pun, kita kena cuci sebum, SPF (sunscreen), minyak dan kotoran


CLEANSER OIL BASE

Cleansing oil merupakan cleanser yang bersifat hydrating dan soothing. Bagus untuk sensitive skin dan dehydrated skin.

 

Cleansing balm pula mempunyai persamaan dengan cleansing oil, namun ciri-cirinya telah diformulated. Berkongsi kebaikan yang sama, cuma texture je berbeza.

 

CLEANSER WATER BASE (FOAM)

Cleansing gel bukan hanya menghilangkan kotoran dari kulit, ia juga dapat menghidrat, mengimbangi minyak dan melembapkan kulit. Kurang buih (gentle) tetapi boleh membersihkan kulit secara mendalam (deeper cleanse)

 

Cleansing bar (Soap Bar Charcoal) memiliki ingredient Myristic Acid yang mampu membersihkan wajah dengan menyerap minyak berlebihan dan kotoran pada kulit. Pilihlah cleansing bar dengan glycerin yang tidak beralkali

Dalam kita sibuk nak singkirkan minyak, actually Sebum sangat penting untuk kulit kerana ia membantu untuk mengekalkan kelembapan dan mengandungi antioksidan Vitamin E.  

Bila kita cuba menyingkirkan sebum dengan harsh cleanser (pencuci yang keras) yang mengandungi ingredient seperti alcohol dan salicylic atau glycolic acid sebanyak dua kali sehari, actually kita menggalakkan kulit kita menghasilkan minyak yang berlebihan.

Bila minyak yang berlebihan bercampur dengan sel-sel kulit kering dan mati (tak scrub muka) akan menyebabkan liang tersumbat lalu kulit akan berjerawat. 

Sekarang dah jelas kenapa perlu pilih gentle cleanser seperti gel cleansing dari The Beauty Hacks?

Atenn,

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.