Kenapa Lipmatte Mengeringkan Bibir dan Apa Kita Perlu Buat?

Kenapa Lipmatte Mengeringkan Bibir dan Apa Kita Perlu Buat?

Mostly lipstick wajib ada dalam handbag setiap wanita di dunia. Lipstick merupakan produk yang sempurna untuk melengkapi rupa paras yang pucat. Dan antara lipstick yang menjadi pilihan para wanita adalah lip gloss dan lipmatte.

Lip gloss memberi suatu imaginasi yang cantik dan menggoda bagi pemakai. But bila korang mahukan bibir yang tampil berani, berwarna-warni especially untuk warna-warna seperti plum atau merah, mostly ramai yang akan memilih lipmatte.

Walaupun sudah banyak jenama yang telah menggeluarkan lipmatte yang tidak akan mengeringkan bibir, namun masih ramai lagi wanita yang mengalami masalah kekeringan bibir.

Fuh! Nasib baik korang ada kami. Sebab kami ada cara macam mana untuk mengurangkan kesan kekeringan pada bibir. Tetapi sebelum itu, kami perlu explain kenapa lipmatte dapat mengeringkan bibir korang.

KORANG WAJIB BACA KENAPA LIPMATTE MENGERINGKAN BIBIR!

It’s in the ingredients!

Lipmatte dirumuskan dengan formula yang berbeza berbanding lip gloss. Setiap lipstik mempunyai main ingredient yang tertentu: wax, oil, and pigment. Tetapi kuantiti/nisbah main ingredient ini akan diubah untuk menentukan sama ada ia akan menjadi lipmatte atau lip gloss.

Lipmatte mengandungi lebih banyak wax dan pigment tetapi kurang minyak (less oil), yang akan menjadikan lipmatte pigmented, gebu dan tahan lama serta tidak melekit. Walau bagaimanapun, kekurangan minyak akan menyebabkan kekeringan bibir walaupun ada ingredient yang akan merawat dan melembapkan bibir, but lipmatte still lipmatte gais. Dia MATTE.

Korang kena jelas tau. Kalau lipmatte banyak oil, dia takkan jadi lipmatte. Dia akan jadi lip gloss. That’s why bila kita pakai lipmatte, air yang kita minum tidak akan meninggalkan kesan pada cawan/straw seperti lip gloss. Lip gloss so hydrating, tapi kami yakin yang tak semua orang selesa mengenakan lip gloss atas faktor lekit dan rasa ‘belengaih’. Apa-apa pun its depend to you.

SO, MACAM MANA KITA NAK MENDAPATKAN KEBAIKAN LIPMATTE TANPA MENGERINGKAN BIBIR YANG BERPANJANGAN? DI SINI KAMI SEDIAKAN SEDIKIT TIPS UNTUK KORANG YANG KAMI SAYANGI

1. Prepare your lips, Exfoliate

Korang jelas tak mengenai kecenderungan lipmatte yang akan menyebabkan bibir jadi kekeringan dan menggelupas? Ini kerana kekurangan minyak pada lipmatte akan menyebabkan bibir korang tidak terhidrasi. But don’t worry dear, ia hanyalah sebuah kekeringan ringan sahaja. 

Ianya normal dear. Setiap produk ada pro (kelebihan) and con (kelemahan) tersendiri. Lipmatte ada pro and con dan lip gloss pun sama. Kalau kita nak menikmati pro, maka kita kena menerima sekali con sesuatu produk.

Apa kita kena buat?

SANGATLAH MOLEK KALAU KORANG EXFOLIATE DULU BIBIR KORANG!

Please jangan terus pakai ke atas bibir yang kering atau yang sedang mengalami penggelupasan sebab ia akan menonjolkan lagi kecacatan pada bibir kita. Bibir akan nampak lebih kering, berkuping serta tidak smooth.

Tak salah rasanya kalau korang scrub bibir sebelum apply mana-mana jenama lipmatte pada bibir. Tolong jangan degil dan jangan malas. Masa yang diperlukan cuma 1-3 minit sahaja untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan!

2. Add moisture

Selepas scrub bibir, korang kena lembapkan dengan pelembap. Tak kisahlah dengan menggunakan lipbalm favourite korang atau sapu argan oil atau virgin coconut oil. Walau bagaimanapun, kami sekadar nak mengingatkan cuba elakkan ingredient  seperti hyaluronic acid dan glycerin yang akan mengeringkan bibir. Ingredient ini akan menarik kelembapan keluar dari kulit yang akan menyebabkan bibir jadi LEBIH KERING LAGI!

TAPI JANGAN GUNA LIPBALM BERLEBIHAN!

Kenapa? Sebab lipmatte korang nanti akan bertukar menjadi seketul lip gloss. Tak tahan lama dan kesan lipmatte akan melekat pada cawan dan straw. Dan jangan terus apply lipmatte selepas memakai lipbalm. Pastikan ia absorb (serap) dulu ke dalam bibir. Kalau tidak nanti lipmatte akan jadi creamy dan sticky. Jelas?

Paling bagus, kalau esok pagi nak pakai lipmatte, malam sebelum tidur pakai lipbalm sepanjang malam. Lembapkan bibir dulu.

Keyword untuk merawat bibir kering adalah exfoliate dan moisture

Jika bibir berkuping atau chapped lip (kekeringan), korang boleh je elakkan untuk memakai mana-mana jenama lipmatte sebab ia akan menonjolkan lagi kepingan dan kekeringan kulit bibir. But dont worry, kalau korang nak pakai juga lipmatte, korang wajib scrub dan lembapkan bibir dulu dengan Lip Scrub by The Beauty Hacks.

Janji ok?

Cik Atenn Azlan,

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.