EXPECTATION YANG PATUT DIBERIKAN PADA SKINCARE

EXPECTATION YANG PATUT DIBERIKAN PADA SKINCARE

Setiap pengguna ada expectation yang berbeza terhadap produk yang digunakan. So, kat sini min nak tekankan, tahap review skincare tu adalah berbeza mengikut expectation atau anggapan pengguna. Thats why pentingnya skincare knowledge supaya kita tahu apa yang sesuai dan apa yang tak sesuai untuk kepentingan kulit kita sendiri berbanding bergantung 100% pada review semata-mata.

Lets check the guideline to make sure the product is really work on us.

CLEANSER

Apa yang kita patut expect daripada cleanser?
Muka nampak lebih bersih. Tona lebih sekata. Kotoran hilang. Lepas bilas kulit akan rasa soft, smooth, tak oily atau kering dan tak menyebabkan kulit muka jadi ketat.

Berapa lama untuk nampak kesan?
Immediately.

Kalau result tak sama dengan expectation, apa yang perlu dibuat?
Bergantung kepada jenis kulit. Ubah kepada cleanser yang berlainan texture. (Kemungkinan kita tak kenal jenis kulit)

TONER

Apa yang kita patut expect daripada toner?
Kulit muka nampak lebih beseri. Kesan makeup hilang. Merah-merah berkurang.
Untuk kulit berminyak, boleh lihat perubahan pada liang pori.

Berapa lama untuk nampak kesan?
1-2 minggu untuk kesan ketara. Kesan yang normal seperti kulit lebih bersih boleh dilihat dengan segera.

Kalau result tak sama dengan expectation, apa yang perlu dibuat?
Tukar toner yang lebih sesuai.

EXFOLIATOR

Apa yang kita patut expect daripada exfoliator?
1. Permukaan kulit lebih licin dan smooth berbanding sebelum exfoliate
2. Pori kurang ketara
3. Kulit kusam semakin berkurangan
4. Tanda-tanda penuaan berkurangan.

Berapa lama untuk nampak kesan?
5-14 hari. Sebab exfoliate tak dilakukan setiap hari.

Kalau result tak sama dengan expectation, apa yang perlu dibuat?
1. Try exfoliate yang berbeza concentration iaitu kadar peratus AHA dan BHA bagi chemical exfoliator.
2. Cuba ubah tahap kekerapan exfoliate. Samada kurangkan atau tambahkan kekerapan.

MOISTURISER

Apa yang kita patut expect daripada moisturiser?
Bagi kulit kering, kulit rasa lebih lembap tapi bukan berminyak. Permukaan kulit lebih lembut dan tak kasar. Tanda penuaan seperti garis halus berkurangan dan kulit lembap sepanjang hari. Bukan pada waktu tertentu sahaja.

Bagi kulit berminyak, kulit rasa lebih lembap tapi bukan berminyak. Kulit nampak lebih matte berbanding shiny disebabkan minyak. Products menyerap dengan cepat dan tak rasa “berat” atau stay di muka terlalu lama. Tektur kulit lebih smooth. Kulit tak sepatutnya jadi lebih berminyak.

Berapa lama untuk nampak kesan?
2-8 minggu dan kesan akan bertambah baik sehingga tahap lembapan maintain selepas time frame. Dengan syarat, apply sunscreen di siang hari supaya lembapan tidak terganggu oleh UV.

Kalau result tak sama dengan expectation, apa yang perlu dibuat?
1. Try tambah layer moisturiser.
2. Tukar formula moisturiser. Kemungkinan kira salah interpret jenis kulit.

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.