Cystic Acne – Jerawat Batu

Cystic Acne – Jerawat Batu

Bila dah menginjak ke alam remaja, sangat lah normal jika memiliki seketul dua jerawat. Tapi kalau korang ditumbuhi dengan jerawat yang besar, merah dan sangat menyakitkan, ini bermakna korang dah dijangkiti cystic acne (jerawat batu).

Cystic Acne? Ape tu?

Cystic acne terjadi disebabkan liang pori tersumbat bersama sel kulit mati. Sometimes bakteria yang terperangkap di dalam liang juga boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak.

Cystic acne berlaku apabila ia mengalami INFECTION, lalu akan menghasilkan benjolan merah yang penuh dengan nanah. Ia akan terasa gatal dan sakit GILER. Then kalau cyst pecah, jangkitan boleh merebak dan menyebabkan jerawat lebih banyak tumbuh.

JADI JANGAN PICIT!

Siapa je yang boleh terkena nanti?

  • Remaja – awal 20-an. Tapi yang berumur 8 tahun atau 50 tahun pun akan terkena sekali. Muka, dada, belakang, lengan atau bahu akan ditumbuhi jerawat batu
  • Kebiasaannya lelaki lah yang paling teruk, tetapi kaum Hawa juga tidak terlepas. Sebab orang perempuan memiliki cyst pada bahagian bawah muka.

Apa punca boleh jadi macam tu ek?

Cystic acne bukan berpunca dari pengambilan coklat, kacang atau makanan yang berminyak, tetapi berlaku disebabkan perubahan hormon ketika remaja.

Untuk lelaki, selalunya disebabkan hormon yang dikenali androgen. Bila menginjak ke alam remaja, androgen akan meningkat. Kelenjar minyak akan jadi aktif GILER dan menyebabkan liang tersumbat dan timbulnya jerawat.

Orang perempuan pula disebabkan perubahan hormon like kitaran haid, kehamilan, monopos etc

Selain itu juga, andainya salah seorang dari mak ayah kita penghidap cystic acne yang teruk, korang mempunyai peluang cerah untuk meneruskan warisan turun-temurun ini.

Faktor Lain Penyebab Jerawat  Batu:

  1. Alergi – seafood so on
  2. Sinar ultraviolet – *pakai ler sunscreen*
  3. Pengambilan makanan – bergula
  4. Faktor genetik
  5. Jenis kulit seseorang – berminyak

Cystic acne selalunya wujud di dagu dan rahang (jawline) sebab area ni mempunyai sebilangan kelenjar minyak yang banyak – kebarangkalian untuk jerawat tumbuh dan liang tersumbat sangat tinggi

Apa perlu buat wei?

  1. Jangan cuba-cuba nak picit, bila pecah ia boleh menyebabkan jangkitan dan jadi makin teruk.
  2. Try to relax. Stress boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan lebih banyak hormon dan boleh menyebabkan jerawat jadi lebih teruk.
  3. Follow gaya hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup dan bersenam.
  4. Diet – jangan kerap pengambilan gula. Sebab gula boleh meningkatkan kadar hormon. Bila hormon meningkat, jerawat akan muncul. Musuh utama jerawat adalah GULA!

INI TIPS UNTUK AWAK!

  1. Jangan cuci muka terlalu kerap. Cukup dua kali sehari, guna mild cleanser dan air suam.
  2. Bare face. Biarkan jerawat bersendirian untuk seketika.
  3. Elakkan guna heavy makeup. Bila memilih foundation, pilih yang waterbased, non-comedogenic (tak sumbat pori) dan elakkan yang oil based (free-oil).

KENAL KUNYIT TAK??

Kunyit mengandungi salah satu komponen aktif yang dikenali curcumin yang memiliki sifat anti-radang. Kunyit juga bersifat antioksidan.

Kunyit dapat mengurangkan produksi minyak berlebihan dari pori-pori kulit yang akan menyebabkan jerawat. Conclusion is, kunyit sangat bagus untuk mengurangkan jerawat bagi kulit berminyak.

KITORANG ADA FACE MASK TURMERIC LAH!

CARA GUNA

Face Mask Tumeric + Madu

Face Mask Turmeric + Aloe Vera

Face Mask Turmeric + Yogurt

Dalam banyak-banyak jerawat, jerawat batu agak tipis untuk dikaitkan dengan salah guna produk. Kalau ada pun mungkin disebabkan pakai produk yang boleh sumbatkan pori, terlalu berminyak untuk mereka yang ada kelenjar minyak yang terlalu aktif dan akan jadi makin teruk.

Sometimes kalau tengok pada tekstur produk yang orang label produk sampah tu pun, mungkin salah satunya disebabkan tekstur krim yang terlalu likat, greasy, so bila pakai tanpa guidance yang betul pun akan menyebabkan pori tersumbat lalu jerawat tumbuh. Jadi jangan salah pilin produk ye.

Note: Mana-mana produk tak pernah salah kecuali yang ada bahan kimin berbahaya. Yang salah adalah diri awak sendiri. Sebab awak yang salah memilih.

Reminder that acne doesn’t make you ugly 

Cik Atenn Azlan,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.