Produk Cambest Pada Tahun 2019 Bakal Menemui Anda!

Produk Cambest Pada Tahun 2019 Bakal Menemui Anda!

Hi gais. Tahukah anda bahawasanya produk yang kami gelarkan cambest bakal menemui anda? Sebelum ini basic skincare The Beauty Hacks hanya terdiri dari cleanser, exfoliate dan moisturiser sahaja. Tetapi sekarang kami telah menambah rangkaian basic skincare dengan membawa masuk toner dan sunscreen. Wah! Dah makin lengkap set basic skincare untuk pencinta The Beauty Hacks di luar sana.

Selain itu juga, kami bakal mengeluarkan satu krim yang terbaik untuk merawat masalah jerawat dan masalah parut gelap dan jeragat. Satu produk hanya untuk fokus pada satu masalah (skin concern) sahaja. Dan hasilnya lebih pantas serta effective.

Okey jom kita berkenalan dengan item-item cambest yang bakal menemui anda pada bulan hadapan.

  1. UV Shield & Complexion Tone Up (Sunscreen)
  2. Perfect Pore Varnishing (Toner)
  3. Blemish Wipe Out (Anti-Acne Cream)
  4. Invisible Treatment (Thick Black Pigmentation Cream

————————————————————

1. UV SHIELD & COMPLEXION TONE UP – SUNSCREEN

Pigmentasi atau bintik hitam (dark spots) seringkali terjadi akibat penjagaan kulit wajah tidak betul dan sempurna. Cara untuk melawan jeragat dengan berkesan? Rajinkan diri untuk menggunakan sunscreen setiap hari.

Sunscreen ber-SPF 30 ini sesuai untuk kulit berminyak kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Sunscreen ini bebas minyak yang dapat menghalang kulit anda daripada penghasilan minyak atau sebum berlebihan semasa berpeluh. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.  Selain itu, ia juga non-comedogenic dan menyerap terus ke dalam lapisan kulit dengan pantas.

Diperkaya dengan Aloe Vera, bagus untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yang memedihkan kulit. Sunscreen ini dapat menghalang kulit anda daripada kekeringan dan mengekalkan kehidratan sepanjang hari. Ini bermakna sunscreen ini juga sesuai untuk kulit kering dan kusam.

Yang lebih menarik lagi, sunscreen ini juga berfungsi sebagai Tone-Up Cream yang dapat melembapkan dan mencerahkan (instant brighten) kulit wajah yang kekuningan atau kulit kusam setelah diapply. Boleh dijadikan sebagai primer!

Ciri-ciri: No white cast, light weight, cepat menyerap, non-comedogenic, tidak melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit berminyak dan berjerawat.

————————————————————

2. PERFECT PORE VARNISHING – TONER

Fungsi utama toner adalah untuk memberikan kesegaran pada kulit wajah, mengangkat sisa minyak dalam kulit, melembapkan serta mengimbangi pH dan sekaligus dapat membantu mengecilkan pori-pori.

Toner ini dapat membantu mengecilkan (membersih) pori-pori sekaligus kerana mengandungi kandungan Bark extract (astringent) serta Camelia Sinesis Leaf extract mampu memberi kelembapan dan mencerahkan kulit.

Namun yang menariknya, toner ini mengandungi kandungan yang kaya dengan antioxidant dan anti-inflammatory seperti Witch Hazel, Centella Asiatica, Yeast extract, Seed extract dan Zinc Gluconate yang sangat bagus dalam merawat jerawat, termasuk papules dan pustule.

Toner ini juga diperkaya dengan kandungan soothing seperti Centella Asiatica, Cucumis Sativus (timun) yang sangat baik untuk menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.

Yeast (Pitera) extract dan Mushroom extract pula berfungsi sebagai anti-iritasi yang dapat menenangkan dan meredakan stress/tekanan pada kulit wajah serta infection dan kegatalan

Zinc Gluconate juga dikenali sebagai salah satu mineral yang dapat merangsang produksi sel kulit baru lebih cepat yang menjadikan kulit nampak lebih sihat dan glowing. Ching!

————————————————————

3. BLEMISH WIPE OUT – ANTI-ACNE CREAM

Benarkah Zinc Dapat Mengatasi Kulit Berjerawat?

Zinc merupakan mineral yang dapat membantu menyembuhkan jerawat. Zinc dipercayai dapat mengurangkan penghasilan minyak pada kulit dan melawan jangkitan bakteria serta peradangan.

Menurut Ahli Dermatologi Visha Skincare di Amerika Serikat, Dr. Purvisha Patel, zinc memiliki tahap effective yang tinggi untuk mengurangi inflamasi, mengeksfoliasi kulit dan membunuh bakteria penyebab jerawat. 

Hops, bukan hanya sekadar sebagai antioksidan. Hops juga di-claim mengandungi zat anti-inflammatory. Zat ini dapat membantu kulit dalam keadaan tenang (soothing). Tidak hairanlah jika kulit dapat terhindar dari masalah ruam atau keradangan yang disebabkan oleh reaksi alergi atau pun jerawat.

Chamomile Seed Extract, kandungan anti-inflamasinya berfungsi untuk mengurangkan keradangan kulit akibat jerawat. Chamomile Seed juga mampu melindungi kulit dari sinaran UV sehingga mampu mencegah kulit kusam.

Melawan jerawat dengan Tea Tree Oil? Para ahli dermatologi mengatakan bahawa tea tree oil kaya dengan terpinene-4-ol, yang lebih efektif berbanding krim jerawat lain yang mengandungi bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide

Allantoin dan Grape Seed extract juga satu bahan yang bagus untuk merawat jerawat.

Ada masalah jerawat? Papules? Pustule? Nodules? Cyst? Sekarang jangan risau lagi, Blemish Wipe Out bakal menemui anda. Hanya perlu apply on targeted acne sahaja. Tidak perlu pakai pada keseluruhan wajah. Dalam masa 1-2 hari jerawat akan kecut tanpa perlu dipicit lagi. Bertekstur lightweight, gel waterbase, non-comedogenic, tidak menyebabkan berlakunya pengelupasan malah cepat menyerap.

————————————————————

4. INVISIBLE TREATMENT – THICK BLACK PIGMENTATION

Invisible Treatment mengandungi bahan pencerahan natural seperti Alpha Arbutin, Glutathione, Licorice extract, Gluconic Acid dan Vitamin B3 (niacinamide) yang dapat mencerahkan dan memudarkan parut gelap, melasma, jeragat, pigmentasi serta memperlahankan penghasilan melanin.

Kandungan PHA yang terdapat dalam Invisible Treatment dapat membantu mengangkat se-sel kulit mati sehingga menjadikan kulit nampak lebih cerah. Pemakaian secara konsisten akan membantu mengurangkan sel-sel kulit mati yang menjadi penyebab wajah jadi kusam. 

Pada umumnya, Sodium Hyaluronate memiliki manfaat yang sama dengan hyaluronic acid. Zat ini juga memiliki kemampuan yang sama untuk menampung air lebih dari 1000 kali beratnya dan memberikan kelembapan pada kulit. Namun disebabkan ukuran molekul Sodium Hyaluronate yang lebih kecil dan dapat menembus permukaan kulit dengan lebih mudah, maka Sodium Hyaluronate merupakan bahan yang sedikit lebih baik.

Waltheria Indica extract, membantu mencegah produksi melanin agar sentiasa tampil cerah dan segar.

Vitamin B3 (niacinamide), membantu mencerahkan warna kulit dengan cara memperlambat pertumbuhan melanin yang dapat membuat kulit nampak lebih gelap. Selain itu Vitamin B3 juga mengandungI antioksidan sehingga dapat mengurangi kesan buruk dari polusi dan mengembalikan kesihatan kulit.

Manfaat Vitamin E Acetate dapat membantu memudarkan bekas luka. Mempercepat penyembuhan kulit yang rosak dan mencegah bekas luka menjadi kekal. Selain itu, membantu memperbaiki jaringan kulit yang rosak.

Centella Asiatica, dapat meningkatkan pengeluaran kolagen. Bahan aktif Centella Asiatica dapat menyembuhkan luka kecil atau terbakar, sekaligus dapat me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Centella Asiatica juga dapat merawat masalah PIH (Post Inflammatory Hyperpigmentation) yakni PARUT JERAWAT

Fungsi utama produk ini adalah untuk membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat sambil mencerahkan kulit. Anda boleh memiliki kulit yang licin dan cerah berseri jika memakainya secara konsisten.

Jadi tidak hairanlah kenapa Invisible Treatment dapat mencerah dan memudarkan parut gelap, jeragat, melasma dan apa saja bintik-bintik hitam yang berkampung pada kulit wajah kita. Pemilihan bahan kandungan yang terbaik dapat menyelesaikan masalah kulit anda. Say YES to clear skin! CLEAR!

So, how gais? Item yang mana satu yang paling anda tak sabar untuk dapatkan? Tepuk pipi, tanya masalah kulit. Bila dah jumpa jawapan nanti jangan lupa hubungi kami untuk dapatkan produk yang anda idamkan. Good luck!

Atenn,

Next PostRead more articles

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.