MATCHA: MERAWAT KULIT BERJERAWAT

MATCHA: MERAWAT KULIT BERJERAWAT

Bagi sesiapa yang memiliki kulit berjerawat pasti agak rumit untuk merawatnya. Namun jika konsisten dengan sesuatu produk yang tepat dengan kulit kebarangkalian untuk jerawat datang menyerang beramai-ramai agak tipis. Tapi kalau tak konsisten atau datang bulan, bersiap sedialah dia pasti akan muncul lagi.

Berita gembira, dua bulan lepas, The Beauty Hacks telah melancarkan satu pencuci muka yang berbentuk bar yang mengandungi bahan kandungan yang sangat bagus untuk merawat kulit berjerawat malahan kulit berminyak.

Apa yang menariknya tentang Acne Tea Tree, ia sangat berbeza dari pencuci muka yang lain yang mengandungi 90% Glycerin. Namun untuk Acne Tea Tree ia cuma mengandungi 1% Glycerin sahaja. Selebihnya ia mengandungi Matcha Powder, Green Tea Powder, Tea Tree Oil, Wild Honey, Coconut Oil, Olive Oil


Acne Tea Tree menggunakan Matcha Powder sebagai bahan aktif.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa matcha merupakan serbuk yang berasal dari daun teh hijau khusus yang ditumbuk.

Dan ramai juga yang telah mengetahui tentang khasiat green tea untuk kulit, khususnya kulit berjerawat. Dan kali ini akhirnya anda boleh mencuba produk yang mengandungi matcha dari The Beauty Hacks.

INI 5 KEBAIKAN MATCHA DALAM ACNE TEA TREE

1. Merawat Radang Kulit

Serbuk matcha mempunyai ciri anti-radang, terutama EGCG. Ciri ini dapat membantu mengurangkan kemerahan yang berpunca daripada keadaan kulit kronik seperti rosacea dan juga jerawat. Serbuk matcha mempunyai tekstur yang cukup lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit dan dapat membantu menyelesaikan masalah kulit berikut. Bukan sahaja kulit wajah rasa lebih baik, tetapi matcha juga mampu mengurangkan kemerahan dan akan membuatkan anda tampil lebih yakin dengan kulit anda.

2. Memperbaiki Kulit

Serbuk matcha juga mempunyai ciri yang dapat membantu untuk menjaga kulit anda agar ia sentiasa segar dan sihat. Ia bukan sahaja mengurangkan keradangan, ia juga menawarkan penyelesaian untuk kulit seperti mengelupas dan menghilangkan sel kulit mati, meremajakan serta memperbaiki kulit.

3. Kurangkan Tanda Penuaan

Antara masalah yang menghantui wanita adalah tanda penuaan. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Matcha Obsessed, Matcha dapat merangsang penghasilan elastin utnuk menambahkan tegangan pada kulit. Ia juga melindungi kulit daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan matahari seperti sunburn atau melanoma, jeragat, kulit kering dan juga kedutan.

4. Rawat Kulit Berminyak

Tanin yang terkandung di dalam Matcha sebenarnya dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengurangkan penghasilan minyak yang berkaitan dengan jerawat. Matcha juga sesuai diamalkan oleh remaja yang sering punya masalah dengan jerawat dan kulit berminyak kerana ia dapat menghilangkan minyak dari kulit dan melambatkan pengeluaran minyak yang menyebabkan jerawat.

5. Merawat Semua Jenis Kulit

Matcha cukup lembut untuk disapukan pada kulit dan kesannya cukup kuat untuk kulit yang memerlukan rangsangan kecil untuk wajah yang lebih baik.

Tekstur. Berbentuk bulat berwarna hijau khas green tea. Bila dibasuh dengan air menghasilkan buih yang sangat halus. Ketika dipakai atau selepas menggunakan Acne Tea Tree ia tidak menimbulkan effect kering pada wajah.

Aroma. Menurut kami aromanya seperti Matcha Latte. Langsung tidak sama seperti facial bar biasa. Namun aromanya sama sekali tidak menyengat dan mengganggu.

“Produk ini juga kaya dengan Tea Tree Oil. Tea tree oil telah banyak digunakan dalam rangkaian skincare kerana ia memiliki banyak kebaikan untuk kulit berjerawat”

Sedang mencari pencuci muka untuk merawat kulit berjerawat dan mengurangkan penghasilan minyak untuk kulit berminyak? KLIK LINK INI

Atenn,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.