Ohhh Ni Rupanya Beza Chemical dan Physical Exfoliate

Ohhh Ni Rupanya Beza Chemical dan Physical Exfoliate

Rupanya ramai yang tak tahu beza Chemical exfoliate dan Physical exfoliate patutlah muka breakout!

Tau kan exfoliate adalah salah satu rutin wajib dalam rutin skincare?? Pernah guna exfoliate tapi muka makin breakout? Jerawat makin tumbuh? Kulit rasa pedih?  Mungkin korang tersalah pilih jenis exfoliate! Baca ni apa beza chemical dan physical exfoliate.

Tapi sebelum tu, penting ke exfoliate ni? Aah. Penting sangat awak. Kalau nak dapatkan kulit yang bersih, sihat, dan bersinar-sinar memang wajib EXFOLIATE.  Sebab exfoliate ni akan angkat sel kulit mati, meransang pembentukan collagen baru, firm up your skin dan kurangkan kedutan.

First korang kena tau Physical Exfoliate. Biasanya physical ni contohnya skrub  yang mempunyai biji-biji yang agak kasar macam apricot scrub tu. Memanglah gosok-gosok dah rasa bersih tapi bersih luaran je. Ataupun guna alat macam spons, pumice stone dan cloth for face. Ianya membantu untuk buang sel kulit mati tapi hanya di permukaan wajah je, maksudnya tak membersih dari dalam. Jangan tonyoh kuat sebab boleh berlakunya iritasi.  Guna 2 kali je seminggu tau.

Spons
Pumice Stone
Cloth

Orait. Dah jelaskan Pysical Exfoliate? Jom baca Chemical pulak jom!

Chemical Exfoliate pulak biasanya dalam bentuk cecair. Exfoliate jenis ni tak perlu gosok, just dapdap and biar je. Contohnya AHA, BHA, Glycolic Acid, Salicylic Acid or Lactic Asid. Best ke guna chemical? Tak bahaya ke? Dah laa chemical tu maksud dia kimia. Eh! Tak semua acid tu bahaya untuk muka. Lagipon percentage yang dia guna tu sikit je pon. Tapi ingat! Kalau rutin basic (cleanser kena guna low ph, moisturizer, exfoliate) tak kukuh lagi, jangan cuba nak try yang jenis chemical.

Tapi kalau nak guna jugak, boleh. Contohnya awak boleh cuba Face Scrub Milk yang ada Lactic Acid tapi bersifat fizikal. Cuci kotoran bukan dari luar je tapi sampai ke dalam liang pori. Dia akan bersihkan segala pori yang tersumbat. Eh takut lah nak guna sebab dia fizikal pastu mesti ada biji-bijikan? Yes awak. Ada biji-biji juglans regia walnut (shell powder) tapi biji dia halus je (contoh dalam gambar) bila gosok kat muka, takkan rasa kasar. Boleh je nak biarkan sampai esok pagi takpon gosok je perlahan-lahan. Jangan gosok beria pulak. Slow and steady je.

Kiri : Face Scrub Gold
Kanan : Face Scrub Milk

So dah tahukan apa beza CHEMICAL dan PHYSICAL?  Dan kenapa muka boleh jadi breakout kalau exfoliate? Lepasni senang lah korang nak cari exfoliate yang sesuai dengan your skin sebab dah boleh beza Chemical dan Physical. Hehe Kalau tak tahu, boleh inbox atau drop je komen. Kami akan cuba bantu awak untuk dapatkan healty and glowing skin dinda!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.