Apa Beza Milia Seed dengan Syringoma? Apa Itu Syringoma?

Apa Beza Milia Seed dengan Syringoma? Apa Itu Syringoma?

Wanita normal adalah wanita yang ada jerawat. Itu fakta okay! Hehe Jerawat terhasil di permukaan kulit disebabkan pori-pori yang tersumbat, then jadi bengkak dan sakit sehingga rasa sakit bila di tekan dan bila pecah akan keluarkan nanah dan darah.

Berbeza pula dengan 2 jenis biji ni. Kita biasa dengar biji MILIA SEED atau pon orang Melayu panggil BIJI KOLESTROL. Tapi pernah tak awak dengar biji SYRINGOMA?? Tak pernah? Kalau tak pernah, awak kena baca sampai habis tau!

Pernah tak bila tilik muka kat cermin lepastu tiba-tiba terperasan kat bawah mata tu macam ada biji-biji kecil? Bila tekan rasa sakit? Pedih? Itu mungkin biji MILIA SEED ataupun SYRINGOMA. Apa beza biji-biji ni?

MILIA SEED aka BIJI KOLESTROL

Milia seed aka Biji kolestrol

Milia seed biasanya berlaku on the skin. Tak rasa gatal, tak rasa sakit dan senang dibuang. Cuma si pemilik biji akan rasa kurang selesa bila biji-biji ni tumbuh. Ada je yang picit biji ni tapi its really not good sebab nanti akan tinggalkan parut.

Sebab terjadinya Milia seed:

Guna moisturizer yang boleh sumbatkan pori. Aik ada ke moisturizer yang sumbatkan pori? Ada awak. Biasanya moisturizer yang jenis thick dan boleh jadi jugak sebab awak tak cuci muka dengan bersih. So cari moisturizer yang jenis WATER-BASED yang mana terus menyerap ke dalam kulit dan bukan sumbatkan pori.

Skin flakes atau dengan kata lainnya sel kulit mati yang terbiar sepi di wajah yang tidak di scrub. Awak tahu tak muka bila tak di scrub akan jadi kusam dan pori akan tersumbat dengan kotoran yang tidak dicuci

Tips elakkan milia seed
– Elakkan pakai makeup tebal yang boleh sumbatkan pori
– Scrub wajah 2 atau 3 kali seminggu
– Guna produk yang waterbased dan elakkan OIL-BASED
– Elakkan terlalu terdedah kepada matahari
– Elakkan guna any product yang ada PETROLEUM OIL

Ada kajian mengatakan produk yang mempunyai ingredients extract ROSE dan HONEY adalah terbaik untuk merawat muka kerana mempunyai antibacterial properties yang boleh menyembuhkan.

SYRINGOMA

SYRINGOMA

Syringoma ni terjadi bila sel-sel salur peluh di lapisan paling luar kulit berlebihan atau kelenjar peluh berlebihan, membentuk tumor atau pertumbuhan tisu yang tidak normal or we called it as sweat ducts lalu membentuk benjolan kecil on the skin. Biasanya biji ni naik di bahagian bawah mata, pipi, perut atau pon kulit kepala. Syringoma ini jarang berlaku dan tidak bahaya cuma rasa sakit dan gatal ketika berpeluh.

Ada beberapa cara nak hilangkan syringoma ni, tapi mengikut pakar ianya tidak bersifat kekal maknanya bila buang pon, biji tu akan naik balik di tempat yang sama. Berbeza dengan MILIA, biji MILIA bila dibuang takkan naik dah. Antara caranya :
Laser surgery
– Electrosurgery
– Cyrotherapy
– Dermabrasion
– Chemical peels

Atau cari any product yang boleh mengangkat lapisan sel kulit mati dan mengurangkan biji syringoma. Pilih product jenis exfoliater yang ada ingredients ni :

Lactic Acid
– Hyaluronic Acid
– Salicylic Acid
– Mandelic Acid
– Guna exfoliater yang mempunyai biji-biji halus yang tak rosakkan kulit
– Elakkan any product yang boleh keringkan muka

So jelas sudah beza MILIA SEED dan SYRINGOMA kan? No more confusing. Hehehe. Erm awak nak cuba moisturizer yang jenis WATER BASED, CEPAT SERAP dan ada extract MADU tapi tak tahu nak cari kat mana? Mungkin awak boleh cuba Face Mask Honey by The Beauty Hacks. Dan kami nak suggest kat awak untuk cuba Face Scrub Milk by The Beauty Hacks yang mempunyai kandungan LACTIC ACID yang sangat bagus for skin seperti disyorkan oleh pakar! 

Kalau ada sebarang pertanyaan, tanya je dekat ruang komen, kami akan bantu anda! 

 

Next PostRead more articles

This Post Has 0 Comments

  1. Aidah Binti Ishak

    Assalamualaikum, boleh beritahu salah satu produk yang boleh pakai untuk Syiringoma ? Terima kasih…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.